2.0
PENGENALAN
Istilah
falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna
mencintai) dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan
Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan. Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran
atau pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para
ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian
mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan berinsurkan logic akal. Namun demikian, istilah falsafah terkenal
dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi
seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri
tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah
falsafah ataupun tidak. Tiga ciri
tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan
berfikir secara integral. Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu
memandangkan dari segi sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang
ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya
falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak dapat
dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan
kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah
mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan
politik sesuatu tempat.
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek
dan sosial supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta
menghayati cirri-ciri seperti percaya kepada tuhan,berakhlak mulia,berilmu
pengetahuan,bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan
merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu,
masyarakat mahupun negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan
masyarakat. Manusia yang berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia
yang tidak mendapat pendidikan sempurna. Pendidikan yang sempurna dan berkesan
dapat diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu
digarisi visi dan misi, matlamat, peraturan dan undang-undang. Antara aspek
pendidikan sempurna dan bersistem ialah
apabila digubal satu falsafah pendidikan
yang seragam untuk semua bangsa dalam sebuah negara berdaulat.
Pada
awalnya, falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia dinamakan
Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana
di bawah.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sekitar akhir tahun
1990-an, penyataan falsafah pendidikan itu disemakan dan diperkemaskan. Kini ia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan Negara
4.0 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis
dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan
sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata
lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna serta menghayati ciri-ciri seperti percaya kepada
tuhan,berakhlak mulia,berilmu pengetahuan,bertanggungjawab kepada diri,
masyarakat, agama dan Negara,memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu dan memupuk
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Matlamat
kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna.
Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi
negara.
Matlamat
yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang
taat setia kepada Raja dan cinta akan negara. Taat setia kepada Raja adalah
penting kerana dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak
akan diceroboh kerana pengkhianatan
rakyatnya.
Matlamat
lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan
berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa
perpaduan di dalam Malaysia. Rukun
Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu
kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada
perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan
dan kesusilaan.
Selain
itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial
dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang
besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong
dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang
amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina
lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia.
Oleh
itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini
dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan
murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu
sama lain agar keharmonian dan kemakmuran
5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Idea
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini sebenarnya adalah pada tahun
1979 iaitu selepas penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
pelaksanaan dasar kerajaan.
“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah
pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai
unsur dari dalam dan luar. ... kebanyakan daripada unsur ini adalah baik,
tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita
menghadapi satu cabaran lain. Iaitu pembangunan kemanusiaan.”
(Laporan Kabinet, 1979:226)
Penekanan
ini telah membawa kepada Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Faktor pertama ialah faktor agama iaitu
islam adalah agama rasmi negara kita. Walaubagaimanapun, agama-agama lain
adalah bebas untuk dianuti. Unsur agama ini dapat dilihat dan dihayati dari FPK
iaitu: “mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”
Faktor
kedua ialah faktor sosial dimana Malaysia ini adalah negara yang mempunyai
pelbagai kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan dan
sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Bagi mencapai perpaduan yang
diidamkan, sikap-sikap positif ini adalah amat penting. Penenkanan ini dapat
dilihat dalam FPK iaitu: “memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
Bagi
faktor politik, dapat dilihat dalam pembentukan ideologi negara, peranan
politik ini amat penting. Bagi mencapai perpaduan kaum dan faktor-faktor lain,
faktor politik inilah yang paling besar mempengaruhinya. Faktor keempat ialah
faktor ekonomi iaitu rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran
dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan menngkatkan daya
pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk meberi
sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita ini ada terdapat dalam PFK.
Faktor
individu adalah faktor kelima iaitu potensi individu dapat dikembangkan melalui
proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani,
emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang
dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati
ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita
melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Faktor
terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan FPK pula tidak terpisah dengan
pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu,
idea-idea yang dihasilkan daipada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa
pengaruhnya keatas FPK. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,
persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO
dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan FPK sebagai
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan...”. ini jelaslah
mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup
6.0 ELEMAN-ELEMAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elmen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafahnya ialah Metafizik. Ciri-ciri FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu penting untuk berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. Berikut ialah cabang falsafah Epistemologi iaitu usaha yang berterusan. Maksud usaha berterusan di sini ialah, ilmu sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana cabang ilmu sangat luas dan tiada satu pun ilmu yang mutlak. Implikasi terhadap cabang ini ialah penyesuauan diri amatlah perlu mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa misalnya teknologi ICT, k-ekonomi dan sebagainya. Penekanan ilmu juga akan menggalakkan lagi perkembangan dan boleh meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran diri. Selain itu, boleh menyebabkan pekenanan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Dan cabang falsafah yang ketiga ialah Aksiologi. Cabang aksiologi pula terbahagi unsur kepada dua iaitu, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang bermaksud unsur kewujudan dan peranan beragama. Dan unsure kedua ialah berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang bermaksud peranan nilai moral, etika dan sahsiah. Dan cabang falsafah yang terakhir ialah, logik. Logik ialah berketerampilan yang bermaksud kepentingan dan penaakulan sah dan tidak sah.
Elemen yang pertama ialah pendidikan adalah suatu usaha berterusan . elemen ini bermaksud pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu serta kemahiran dan nilai murni yang berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Jadi, pendidikan yang bermula dari awal kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk kemudiannya akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu masih juga perlu untuk meneruskan peningkatan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh itu, proses pendidikan yang berterusan ini mampu untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
Elemen kedua ialah perkembangan potensi individu iaitu setiap individu telah pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan seseorang individu. Oleh itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka. Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembangan bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik.
Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.
Seterusnya ialah elemen Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani. Kita mestilah bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat. Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya. Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Bertanggunjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undang-undang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
7.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap
sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah
yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang
berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain
itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi
bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan
kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam
sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum
dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar
dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu
perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan
tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik
seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak
mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya
ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di
negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan
seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi
mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek,
rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang. Selain itu, akitiviti budaya
sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para
pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti
budaya membaca di kalangan mereka. Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan
peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan
sistem pendidikan di negara kita ini.
8.0
PERANAN SEKOLAH SEBAGAI SATU INSTITUSI FORMAL DALAM MEREALISASIKAN HASRAT
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sekolah
adalah institusi yang paling penting dan utama dalam usaha merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang kita tahu, “Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara . Aspek-aspek seperti budaya
sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti ko-kurikulum dan juga aspek
kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius dan dilaksanakan secara
menyeluruh dan berkesan di semua sekolah. Dengan itu, tidak mustahil hasrat FPK
dapat direalisasikan.
Aspek
yang terpenting ialah aspek pembudayaan sekolah. Sesetengah pihak memanggilnya
iklim sekolah. Budaya sekolah ini mestilah merangkumi kelima-lima elemen yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, rohani, intelektual,
emosi, jasmani dan sosial. Elemen rohani ialah dengan menerapkan kepentingan
agama tanpa menentang agama lain. Contohnya ialah dengan mewujudkan budaya
sekolah yang mengamalkan bacaan Al-Qur’an setiap pagi dan solat fardhu secara
berjemaah. Semua murid pula mestilah menutup aurat. Ia akan menyedarkan murid
akan tanggungjawabnya dalam memelihara agama dan kehormatan diri. Secara tak
langsung akan melahirkan murid yang berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Dari elemen
fizikal pula ialah dengan menyediakan kemudahan sekolah yang selesa, ceria dan
kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia akan
dapat merangsang minat murid dalam menuntut ilmu. Ia sejajar dengan hasrat FPK
iaitu untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeluruh dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial.
Seterusnya, dalam elemen intelek, sekolah
mestilah menggalakkan pembuadayaan ilmu dalam kalangan murid dan guru. Pihak
sekolah boleh menganjurkan program-program akademik seperti program NILAM. Ia
akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid. Melalui pembacaan, minda
murid akan lebih berkembang dan murid mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
Ia sejajar dengan hasrat FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan.
Dalam
elemen sosial, murid mestilah diberi pendedahan akan kepentingan bersosial
dengan cara yang betul sesama murid, guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.
Contohnya budaya memberi salam yang diamalkan di sesetengah sekolah akan
mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama murid dan guru, dan dengan keluarga dan
masyarakat jika turut dipraktikkan di luar. Budaya ini akan melahirkan murid
yang menghormati guru dan rakan-rakannya serta akan membenihkan rasa kasih dan
sayang guru terhadap murid. Ia akan menyumbang terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang terdapat di dalam FPK.
Seterusnya
ialah dalam aspek aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-kurikulum,
sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam
kalangan murid dapat dipupuk. Gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang
dengan teliti agar dapat melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental,
sosial, jasmani dan rohani. Ia dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran
dan meningkatkan keyakinan diri setiap murid. Kesannya , murid-murid juga akan
lebih berminat untuk belajar dan hadir ke sekolah.
Aspek
disiplin juga turut sama pentingnya bagi merealisasikan hasrat FPK. Disiplin
berkaitan dengan tatatertib. Tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah merupakan
institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Proses pembelajaran
dan pengajaran akan menjadi lebih lancar, mudah dan menarik seandainya masalah
disiplin adalah sifar di sekolah. Ini kerana, masalah disiplin akan menjejaskan
tumpuan murid kepada pelajaran. Untuk mengawal disiplin setiap murid bukanlah
tugas guru dan sekolah semata-mata. Namun, ibu bapa seharusnya memainkan
peranan, contohnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Selain
itu, aspek kepimpinan juga memainkan peranan penting untuk membantu memenuhi
tuntutan FPK. Fungsi kepimpinan dalam menguruskan dan mengendalikan sekolah
adalah amat penting. Kepemimpinan di sekolah haruslah sentiasa proaktif dan
bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan seiring dengan perubahan arus
masa yang semakin mencabar kredibiliti guru seperti penyaluran budaya kuning. Sekolah
yang berkesan dapat dinilai melalui cara kepimpinannya yang bukan sahaja mampu
membawa kecemerlangan, malah berjaya membawa perubahan yang besar kea arah kebaikan.
Ianya tidak menumpukan aspek akademik sahaja, malahan tumpuan yang diberikan
adalah secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang
dan harmonis dalam kelima-lima aspek JERIS. Tugas kepemimpinan ini bukanlah
terhad di pundak guru besar atau pengetua semata-mata, malah setiap warga
sekolah mestilah memainkan peranan dan tugas masing-masing, termasuklah
jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurut
Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada
pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal
pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan
kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim),
atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan
menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).
Peranan guru juga merupakan aspek yang penting
dalam memainkan peranan sekolah untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru seharusnya
berusaha mendekati murid dan menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan murid
agar murid berasa selesa untuk berhadapan dengan guru. Martabat seorang guru
diangkat dengan begitu tinggi kerana peranan guru amat besar untuk membentuk
nilai dan sahsiah seseorang murid. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar, bahkan
juga sebagai pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan
inovator. Tuntasnya, guru bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat dan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang
cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Kesimpulannya,
hasrat FPK pasti akan dapat dicapai seandainya semua pihak memainkan peranan
dan tugas masing-masing dengan baik
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan
sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK)
adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri, aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek
ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat
FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan
membina modal insan yang berkualiti.
Merujuk kepada PIPP (2006), negara
kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan yang mempunyai jati diri yang
kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai
ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global
yang sering berubah-ubah”.
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru
amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
semoga blog saya dapat membantu anda untuk menyiapkan tugasan anda :)
semoga blog saya dapat membantu anda untuk menyiapkan tugasan anda :)
No comments:
Post a Comment